Pasti N9

...beriman bertaqwa

Majlis Tadarus Majlis Guru PASTI Negeri

Pada 13hb September 2009 bersamaan 23 Ramadhan 1430H lalu, satu Majlis Tadarus Majlis Guru PASTI Negeri telah diadakan di Bandar Baru Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis yang telah melibatkan semua guru PASTI Negeri Sembilan itu turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Negeri, Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri serta Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!

Baca Lagi...
 

MAJLIS HARI GURU PASTI NEGERI SEMBILAN


Majlis Hari Guru PASTI Negeri Sembilan telah selamat berlangsung di salah sebuah hotel di Port Dickson pada 27 Jun 2009 yang lalu. Majlis yang diadakan bagi meraikan para guru PASTI seluruh Negeri itu telah diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah.
 
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Khairul Anuar Wafa telah memperingatkan akan betapa besarnya ganjaran yang bakal diperolehi oleh para pendidik yang mencurah ilmu Islam kepada anak-anak kecil kerana pahalanya akan berterusan sepanjang usia anak-anak tersebut selama mana mereka mengamalkan ilmu yang diajarkan.
Baca Lagi...
 

KEJOHANAN SUKAN PASTI BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PASTI N9 2009

Kejohanan Bolasepak dan Bolajaring Pelajar PASTI Negeri Sembilan? 2009 telah berlangsung di? "PADANG RAKYAT" Dataran Ilmu dan Islah Jemapoh, Kuala Pilah. Kejohanan kali ini telah dianjurkan bersama oleh PASTI Kuala Pilah dan Jempol dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan. Ianya turut di bantu oleh Pas Cawangan Kg Kuala Jemapoh dan Pakatan Rakyat DUN Juaseh.

Acara sukan bermula seawal 8.30pagi dan berakhir 12.30tengahari. Padang Rakyat telah mula dibanjiri oleh semua kontijen PASTI dari setiap daerah dengan deretan gerai-gerai jualan di kiri dan kanan jalan.

Baca Lagi...
 

Minggu Peperiksaan PASTI N9

Peperiksaan Setengah Tahun untuk PASTI seluruh Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa 19/5/2009 telah di tunda kepada hari Rabu 20/5/2009 sehingga heri Isnin 25/5/2009. Demikian maklumat yang diterima daripada Pengarah PASTI Negeri Sembilan, Ustaz Nazri Zainuddin.

Beliau juga memohon maaf di sebabkan masalah tersebut dan meminta supaya menghubungi beliau sekiranya ada sebarang kemusykilan.

 

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum wrt, diucapkan kepada pengunjung laman PASTI Negeri Sembilan. Selamat datang kepada warga PASTI, khasnya kepada warga PASTI Negeri Sembilan. Kepada para pendokong PASTI Negeri Sembilan diharap dapat memenafaatkan laman ini semaksima mungkin untuk semua tujuan yang berkaitan dengan Agenda untuk memartabatkan PASTI di Negeri ini.
 
Halaman 1 daripada 2

Shout Box

Latest Message: 7 months, 2 weeks ago
  • admin : Assalamualaikum, Selamat Datang ke pelancaran laman web pasti negeri Sembilan
  • admin : Selamat datang ke laman pasti negeri sembilan
  • admin : Assalamualaiku,
  • admin : Insya'allah saya akan mempertingkatkan mutu laman ini dari masa kesemasa.
  • admin : Gambar-gambar aktiviti dan program disetiap kawasan dan unit juga boleh di hantar untuk disiarkan.
  • admin : Sekaranya terdapat maklumat tentang program atau aktiviti yang dijalankan di Kawasan atau Unit, harap sampaikan maklumat tersebuat kepada «email» , untuk dimuatkan didalam laman ini.
  • admin : Assalamualaikum, Diharap warga PASTI seluruh N9 dapat bersama-sama menyumbang dan memenafaatkan ruangan maya ini.

Only registered users are allowed to post

Polls

Laman ini...
 

Statistics

Hit paparan Kandungan : 3129

Who's Online

Kami ada 1 tetamu ditalian